Monday, April 28, 2014

3.2.1.JOGJA!!! (1)

Day 1
Flight kami pukul 12, pukul 10, semua dah ready kat LCCT. Prisc, Lina n Naleni naik bus LCCT dari KL Central. VV and me naik ERL dari TBS sampai Nilai, pastu naik bus to LCCT. Aktiviti berjemaah pertama kami adalah breakfast. Ngam2 je habis breakfast, terus gerak untuk terbang.
Tepat jam 1.30 PM waktu Indonesia, kami tiba di Adisutjipto Airport. Jam 1.45 PM kami dah gerak tinggal kan airport. Tempat pertama yang dituju, tak lain tak bukan, convenient store. Ni pun sebab nak cari prepaid mobile. Tapi takde jual pulak, jadi kami borong air mineral, makanan dan keperluan asas lain. Driver ni provide tentative activity. Jadi sepanjang nak sampai ke kedai tu, kami duk compare tentative dalam working paper kami dan tentative driver. Oleh sebab tak boleh nak buat kata putus, kami ikut advice driver untuk ke Prambanan temple, sebab lokasi nya yang jauh sekali.
Pukul 3 PM lebih baru sampai Prambanan temple ni. Tutup pukul 5. Kami managed untuk round habis sebab kami round sekitar temple je (tiket masuk pun separuh harga je). Temple ni masih tutup untuk proses pembersihan n baik pulih dari letusan Kelud mount tu. Dekat sini jugak ada taman rusa. Ada antara kami yang beli makanan rusa dan bagi makan.
Pukul 6 PM kami gerak untuk dinner. Kami request nak makan Gudeg. Gudeg ni nangka yang direndang, macam bersambal tapi manis.
Dekat pukul 8 PM kami gerak ke Kota Malioboro untuk check in hotel. Mula nya kami nak budget je, tapi bila pergi kawasan budget hotel, memang tak sesuai dengan kami yang semua nya perempuan, agak membahaykan. Keadan nya similar to area Chow Kit. Jadi kami round- round cari hotel yang proper sikit sampai Jam 9 PM lebih. Sambil antara kami pergi merayau untuk cari hotel, yang tinggal dengan driver, revise tentative kami bagi memastikan tempat yang kami nak pergi tak tercicir. Dah jumpa hotel, Check-in, bersihkan diri, terus tidur.
Summary Day 1: visit Prambanan Temple dan round-round cari hotel.

3.2.1 JOGJA!!!

3.2.1 JOGJA!!!
Projek 3.2.1 Jogja ni dramatic sikit s
ebab dua minggu sebelum tarikh cadangan, Gunung Kelud meletus. Tempat historical seperti Prambanan temple dan Boro
bodur temple, ditutup bagi kerja-kerja membaik pulih. Lebih sedih dari tu, airport pun tutup.
Tiket yang kami beli bukan tiket promo pun, RM 300.00++... Jadi perasaan memang becampur baur, samada nak burnt tix tu atau nak mempertaruh kan nyawa dengan keadaan gunung berapi yang masih aktif dan dijangka meletup lagi tu. seminggu sebelum tarikh penerbangan, kami ligat meeting untuk projek ni. Setiap hari, perkara pertama yang kami akan cek adalah status gunung berapi. nak tukar tarikh memang tak boleh. jadi kami gigih meneruskan plan, aktiviti siap dengan jadual dan budget. siap ada working paper. 2 hari sebelum tarikh penerbangan, kami nekad untuk terus kan projek. Nilai rupiah dah makin naik, air port mula dibuka dan udate di instagram dan twitter pun macam semuanya dah kembali normal.
Projek kali ni lebih kurang macam projek Broga dulu. ni gang ofis, 1 Malaysia. Ahli nya, Viviana, Lina, Naleni, Priscilla n me.
Basically, aktiviti yang kami cadang adalah melawat historical places, museums, beach, dan kraton. tu je. Ni hasil dari survey yang kami buat online dan tanya sesiapa yang pernah pergi. Shopping? souvenir je yang kami cadang nak beli. Hotel kami tak book siap-siap sebab takut apa-apa jadi, boleh tukar plan. Driver, kami dah book siap-siap. sampai-sampai sana, terus je naik kereta.