Monday, April 28, 2014

3.2.1 JOGJA!!!

3.2.1 JOGJA!!!
Projek 3.2.1 Jogja ni dramatic sikit s
ebab dua minggu sebelum tarikh cadangan, Gunung Kelud meletus. Tempat historical seperti Prambanan temple dan Boro
bodur temple, ditutup bagi kerja-kerja membaik pulih. Lebih sedih dari tu, airport pun tutup.
Tiket yang kami beli bukan tiket promo pun, RM 300.00++... Jadi perasaan memang becampur baur, samada nak burnt tix tu atau nak mempertaruh kan nyawa dengan keadaan gunung berapi yang masih aktif dan dijangka meletup lagi tu. seminggu sebelum tarikh penerbangan, kami ligat meeting untuk projek ni. Setiap hari, perkara pertama yang kami akan cek adalah status gunung berapi. nak tukar tarikh memang tak boleh. jadi kami gigih meneruskan plan, aktiviti siap dengan jadual dan budget. siap ada working paper. 2 hari sebelum tarikh penerbangan, kami nekad untuk terus kan projek. Nilai rupiah dah makin naik, air port mula dibuka dan udate di instagram dan twitter pun macam semuanya dah kembali normal.
Projek kali ni lebih kurang macam projek Broga dulu. ni gang ofis, 1 Malaysia. Ahli nya, Viviana, Lina, Naleni, Priscilla n me.
Basically, aktiviti yang kami cadang adalah melawat historical places, museums, beach, dan kraton. tu je. Ni hasil dari survey yang kami buat online dan tanya sesiapa yang pernah pergi. Shopping? souvenir je yang kami cadang nak beli. Hotel kami tak book siap-siap sebab takut apa-apa jadi, boleh tukar plan. Driver, kami dah book siap-siap. sampai-sampai sana, terus je naik kereta.

No comments:

Post a Comment